Thursday, October 9, 2008

MY ALBUM


BAGIKU SEKEPING GAMBAR BOLEH MENCERITAKAN SERIBU CERITA JADI LIHAT GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT AKU KUMPULKAN UNTUK AKU POST DALAM BLOG YANG AKU BINA.

INSYA ALLAH, AKU AKAN POSTKAN GAMBAR-GAMBAR DARI MASA KE SEMASA. DALAM SEGMEN MY ALBUM INI AKU AKAN BIARKAN GAMBAR-GAMBAR ITU BERBICARA.

KEBANYAKAN GAMBAR-GAMBAR ITU ADALAH GAMBAR BIASA YANG TIDAK DIGAYAKAN SEMATA-MATA UNTUK BERGAMBAR.






ADIK ILAH TERSENYUM MANIS

HAI ADIK ILAH! ADIK NAK JADI POMEN KE?

AKU SEDANG MENGECAT RUMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA LEPAS 2008





ADIKKU NUR ADILAH MEMAKAI TOPENG DSAI YANG DI BAWA BALIK OLEH ABANGKU MUHD AL-ZAIM
GAMBAR AKU DARI DEKAT. MACAM MANA MANCO DAK?

















AKU MEMBANTU EMAK BUAT KUEH RAYA LEPAS 2008AKU DAN ADIK KESAYANGANKU NUR ADILAH DI KUBUR TOK KESAYANGANKU PADA PETANG RAYA LEPAS 2008

Friday, August 29, 2008

NOTA BLOGGER

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengemar internet khususnya blog. Saya membina blog ini sekadar suka-suka untuk memenuhi masa lapang kerana melihat ayah saya yang telah membina pelbagai blog antaranya NURZAMAN ONLINE/ BICARA UMMAH/FIKRAH MUSLIM/CITRACINTA/HERBA/BOMOH/MISTERI CYBERSPACE/USAHANIAGA ONLINE /BAZAR IKLANEKA dan MACHANG BUBOK.

Saya memilih nama blog ini GENERASI 2020 kerana sempena dengan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju. Pada waktu itu umur saya 29 tahun dan bakal menjadi seorang pemuda. Jadi generasi umur sayalah yang bakal mewarnai tahun 2020. Tahun 2020 nanti negara sudah mencapai tahap negara maju dan saya harap saya juga ketika itu akan maju dengan kerjaya saya yang entah apa, saya pun tak pasti.

Walaupun tahap pendidikan saya tidak sebaik mana namun saya bertekad dan berazam untuk melakukan sesuatu yang boleh mengangkat mertabat diri dan keluarga walaupun saya yakin akan berhadapan dengan pelbagai halangan, segala macam duri dan ranjau namun saya yakin saya akan berjaya.

Untuk permulaan ini blog saya akan dipaparkan DAIRI HARIAN, IDOLAKU,HOBI dan MAKANAN KESUKAANKU. Disegmen DAIRI HARIAN saya akan catit apa saja yang saya buat pada setiap hari. Segmen IDOLAKU saya akan menulis apa saja yang saya tahu mengenai sesaorang yang saya angkat menjadi idola saya. Dan idola ini mungkin akan berubah mengikut masa. Manakala segman MAKANAN KESUKAAN saya akan menulis makanan kesukaan itu dan saya akan cuba dapatkan bahan mengenainya. Manakala segman HOBI pula saya akan mengkisahkan hobi-hobi yang saya suka dan saya akan ceritakan mengenai perkara itu.

Saya harap percubaan pertama ini akan berjaya menarik masyarakat internet mengunjungi blog saya dan dari masa ke semasa saya akan merubah isi kandungannya dan buat masa ini saya masih mendapat tunjuk ajar daripada ayah saya bagaimana membina blog dan bagaimana mencari bahan bagi menulis diblog ini.

Selamat bertemu lagi.